Sagol (Serunding Ikan Yu Sabah)

Ramuan / Bahan

ikan yu sebesar lengan,cili boh,asam jawa,asam keping,kunyit hidup,bawang putih,merah,besar,minyak masak. serbuk kari ikan,serbuk kunyit,garam,gula,sedikit penambah perisa,limau kasturi,serai.

Cara-cara

1. Bersihkan ikan yu dan potong kpd 4 bahagian. .bahagian kepala di buang.
2. Rebus kosong sehingga empuk.
3. Toskan dan asingkan
4. Tumbuk kesemua bawang dan kunyit hidup(sebesar ibu jari).Panas kan minyak dalam kuali,masukkan semua bahan yg ditumbuk td dan goreng sehingga naik bau.masukkan 4 sudu cili boh,1 sudu serbuk kunyit dan 2 sudu serbuk kari dan sedikit air asam jawa. .tambahkan sedikit garam,gula dan penambah perisa,tumis bersama asam keping sehingga naik minyak.
5. Masukkan ikan yu tadi dan hancurkan sehingga tidak berketul,kacau sehingga sebati.
6. Kacau sehingga kering dan masukkan hirisan bawang besar.hidangkan. .