Pindang Ikan Tok (Kedah)

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
Sedikit kunyit
Sedikit garam 1 btg serai
1 kpg asam keping
Sedikit halba
Kacang bendi atau tomato (jika suka)
3 cawan air

Cara-cara

1. Bersihkan ikan dan tos. Sapu ikan
dengan kunyit dan sedikit garam.
Ketepikan.
2. Bawang merah dan bawang putih
ditumbuk halus.
3. Halia dan lengkuas dihiris halus.
4. Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk.
5. Masukkan bawang, halia, lengkuas,
serai, asam keping dan halba.
6. Biarkan hingga mendidih kemudian
kecilkan api.
7. Masukkan ikan yg telah disapu kunyit
tadi bersama bendi / tomato.
8. Biar hingga ikan masak.