Risotto Bercendawan Hitam

Ramuan / Bahan

8 ekor ikan bersederhana besar
50 gm cendawan hitam kering
200 gm Bok Choy
50 gm mentega
30 gm keju parmesan (dicincang)
300 gm beras Risotto Garam dan lada sulah secukup rasa
Secubit serbuk kunyit
60 gm daun bawang
30 ml minyak zaitun
Serbuk lada sulah
30 gm bawang (dicincang)

Cara-cara

Gaul bawang dan mentega dan panaskan. Masukkan kunyit dan panaskan. Masukkan kunyit dan beras Risotto. Balik-balikkan beras sehingga bertukar kepada warna keperangan. Masukkan stok ayam atau ikan dan ratakan ke dalam beras. Masukkan sedikit demi sedikit. Perlahankan api dan setiap 20 minit, balik-balikkan beras dan masukkan stok setiap kali beras kering atau berderai. Apabila beras masak, masukkan cendawan, keju parmesan dan masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Hidangkan ke dalam pinggan dan letakkan udang yang siap dipanggang. Hiasi sekelilingnya dengannya bok choy dan daun bawang. Sapukan sedikit minyak zaitun dan sedikit lada sulah.