Ikan Patin Masak Asam Tempoyak Simple

Ramuan / Bahan

Seekor ikan patin sederhana besar(cuci dengan hirisan limau nipis bg menghilangkan hanyir)
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 biji timun cina (berwarna kuning)
10 batang cili padi ditumbuk halus(lagi pedas lagi ummphhh)
2 sudu besar tempoyak (ikut suka)
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
2 keping asam gelugor
secubit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara

Masukkan sahaja cili padi yg telah ditumbuk lumat, bawang putih, bawang merah, tempoyak, asam gelugor,serbuk kunyit bersama sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan pula timun cina,daun kesum dan bunga kantan. Biarkan seketika hingga kuah menggelegak dan akhir sekali masukkan ikan patin tadi beserta garam secukup rasa.