Ikan Kembung Masak Cuka Adabi

Ramuan / Bahan

10 ekor ikan kembung saiz sederhana
10 ulas bawang putih
2 sudu makan minyak masak
sedikit lada putih
¼ gelas cuka
¼ gelas air
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

susunkan ikan ke dalam periuk,ketuk bawang putih dan buang kulitnya kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama minyak masak, cuka, air, lada putih dan perasa. Renihkan di api sederhana, apabila naik bau ikan tersebut sudah masak.