Colek Ikan Tenggiri

Ramuan / Bahan

4 keping ikan tenggiri
½ cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan(bakar sikit)
1 biji tomato(potong dadu)
1 biji bawang besar(potong dadu)
sedikit daun ketumbar(hiris)

Cara-cara

1.letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dalam oven hingga masak.(kalau bakar dengan kayu arang lebih sedap)

2.campurkan air masak,cili,garam,gula,belacan dan perahan air limau dan blend.
tumbuk dengan lesung pun boleh.letak dalam bekas dan gaulkan dengan bawang.tomato dan daun ketumbar.

3.tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yang telah dibakar.sedia untuk dimakan dengan nasi panas.