Umai

Ramuan / Bahan

1.Setengah ekor isi ikan tenggiri yang dibuang tulang dan kulit hitamnya.
2.5 ulas bawang merah
3.3 ulas bawang putih
4.2 batang serai
5.2 biji cili merah/ 10 biji cili padi jika suka
6.10 biji limau kasturi/ 3 biji limau nipis diambil jusnya
7. Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Isi ikan dipotong halus- halus.Tumbuk bawang merah,bawang putih, serai dan cili merah hingga lumat. Masukkan bahan giling kedalam isi ikan yang telah dihancurkan tadi.Masukkan garam dan gula secukup rasa, dan akhir sekali perahkan asam limau. gaul semua bahan dan perapkan sebentar.