Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Quiche Berudang

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak
10-15 ekor udang sederhana
150 gm isi ikan tenggiri, didadu 2 cm
1 biji bawang besar, dicincang
½ cawan kacang pis, didingin-bekukan
½ lada benggala merah, didadu
175 gm isi ketam, yang sudah direbus
125 ml santan, daripada setengah biji kelapa
2 biji telur 75 gm keju, diparut
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 keping pastri rangup berukuran bulat 23 cm (separuh masak)
200 gm tepung serba guna - bahan pastri
Secubit garam - bahan pastri
120 gm mentega - bahan pastri
3-4 camca besar air sejuk - bahan pastri
Sedikit mentega - bahan pastri
Kacang merah - bahan pastri

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang dan isi ikan separuh masak (goreng berasingan). Angkat. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan separuh bahagian kacang pis dan lada benggala, isi ketam serta ikan. Kacau rata dan angkat. Gaul santan, telur, keju, garam dan serbuk lada sulah bersama gorengan kacang pis tadi hingga rata. Tuang inti pada kulit pastri. Susun baki kacang dan cili. Bakar pastri 30 minit pada suhu 190'C atau hingga ia keperangan. Untuk membuat pastrinya pula, gaul dan ramas tepung bersama garam dan mentega. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Simpan doh di dalam beg plastik 20 minit di dalam peti sejuk. Alas kertas timah di dalam acuan berukuran 23 cm dan lengserkannya dengan sedikit mentega. Letakkan kacang merah. Bakar lagi 10 minit pada suhu 200'C. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dahulu sebelum dituangkan inti.