Tongsan Tumis Budu & Cili Bulat

Ramuan / Bahan

3 blok Tongsan
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu besar Budu Bahan menumis & dikisar:

2 biji cili bulat (hijau/kuning)
2 cili merah
3 cili kering
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji tomato

Cara-cara

Goreng tongsan yg telah dilumur kunyit dan garam, kemudian ketepikan dahulu.

Kisar semua bahan menumis BERASINGAN.
Menumis dimulakan dengan bawang merah&putih, diikuti dengan cili merah, cili kering, dan cili bulat.
Apabila sudah naik bau, masukkan tomato.
Masukkan 3 sudu besar budu.
Masukkan garam secukup rasa (sekiranya perlu).
Tumis sehingga kuah pekat dan sedap.
Masukkan blok tongsan goreng kedalam kuah dan kacau berhati-hati supaya isi ikan tidah relai.
Hidangkan