Terubuk Panggang

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan terubuk
10 biji cili merah
10 biji cili kering
0.6 sm persegi belacan
2 biji tomato
2 biji bawang besar Asam jawa sebesar ibu jari dicampur dengan 2 sudu besar air, perah airnya.
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daengkan (belah belakang) ikan terubuk jangan sampai putus. Bersihkan ikan. Sapukan garam di luar dan di dalam.

Tumbuk kedua jenis cili serta belacan - jangan terlalu halus, belacan hendaklah dibakar terlebih dahulu. Kemudian masukkan air asam jawa, tomato dan juga bawang besar.

Masukkan sambal di kedua-dua belah ikan yang telah dipotong tadi. Bungkus dengan daun pisang atau kertas foil dan masak dengan api yang perlahan di atas kuali tebal sehingga kedua-dua belah ikan itu masak.

Hidangkan ikan panggang ini dengan nasi putih. Sekiranya tidak ada ikan terubuk boleh diganti dengan ikan cencaru, parang, tenggiri atau selar.