Tandori Ikan

Ramuan / Bahan

1 kg ikan tenggiri
½ sudu kecil garam
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
4 tangkai cili kering
1 biji lemon (dihiris nipis) 1 cm halia
1 sudu kecil jus lemon
150 gm tomato (hiris nipis)
½ sudu kecil koma-koma
1 sudu kecil garam masala
½ cawan susu tanpa lemak

Cara-cara

Perap ikan dengan garam dan jus lemon selama 20 minit.

Kisar halia, bawang putih, kunyit, koma-koma dan cili hingga halus.

Tambah garam masala dan susu tanpa lemak. Kacau sebati.

Masukkan ikan ke dalam bekas pembakar. Tuang campuran susu dan rempah atas ikan. Perap selama sejam dalam peti sejuk dalam suhu bilik.

Panaskan ketuhar. Bakar ikan selama 20 minit hingga keperangan.