Tandoori Kurau

Ramuan / Bahan

3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara

Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. Hidangkan bersama roti atau nasi.