Talapia Tomyam

Ramuan / Bahan

Bahan :
2 ekor ikan talapia( dipotong 2 )
1 peket pes tomyam
2 batang serai
1 helai daun kunyit( diikat )
1 ikat daun kesum
3 helai daun limau purut
minyak masak
air
limau nipis


Bahan dikisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji padi

Cara-cara

Cara :
Tuangkan air ke dalam periuk.Biarkan mendidih.Masukkan bahan yang dikisar,pes tomyam,daun limau purut dan serai kemudian kacau.Biarkan seketika.Masukkan ikan talapia,daun kesum,daun kunyit,garam dan sedikit gula.Angkat apabila sudah masak.