Tahu Bakar BBQ

Ramuan / Bahan

10 keping tauhu
2 camca teh jem epal
2 camca teh jem oren
3 camca teh cili kisar
Sedikit gula
1 ulas bawang putih dicincang halus
300 gm isi ikan tenggiri

Cara-cara

Tauhu dipotong tiga dan keluarkan sedikit isi di tengahnya dengan menggunakan sudu dan isikan dengan isi ikan, kemudian goreng tauhu itu.

Untuk sosnya, masukkan jem epal, jem oren, cili kisar, gula dan bawang putih dan masakkan dengan sedikit minyak.

Setelah pekat, curahkan ke atas tauhu yang telah digoreng tadi.