Sup Sirip Ikan Yu

Ramuan / Bahan

30 gm sirip ikan yu (direndam dalam air)
10 gm bawang putih (dicincang halus)
10 gm halia (dipotong jejari kecil)
20 gm bawang besar (dimayang nipis)
100 gm isi ketam/surimi (dicincang halus)
50 gm cendawan(dipotong jejari klecil)
30 gm lobak merah (dipotong jejari kecil) 30 gm kacang panjang (dipotong nipis dan kecil)
1.5 liter air rebusan ikan
1 biji telur dipukul sedikit
Tepung jagung (secukupnya dan dicairkan dengan air)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Setelah itu, masukkan bawang besar diikuti denagn stok ikan. Kemudian masukkan sirip ikan, cendawan, lobak merah, kacang dan isi ketam. Biarkan ia mendidih sehingga sirip lembut. Pekatkan dengan tepung jagung semasa sup mendidih dengan api yang sederhana. Jangan pekat sangat. Setelah itu, tuang telur ke dalam sup, jangan dikacau sebelum telur timbul. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Angkat dan hidangkan sup ketika panas.