Sup Ikan Kerisi

Ramuan / Bahan

4 ekor Ikan Kerisi
4 biji bebola ikan (belah 2)
1 keping kuih ikan ( di hiris keping-keping)
Sedikit Sohoon
Sedikit Bawang Goreng, Daun bawang, Daun Sop atau btg saleri
Minyak utk mengoreng ikan.
Garam dan serbuk perasa jika suka
Air sebanyak 2 mangkuk sederhana Bahan di tumbuk halus:-
1 sudu teh biji ketumbar
½ sudu teh jintan halus
½ sudu teh jintan kasar
1 sudu teh lada sulah
¼ biji buah pala
1 ½ cm halia
2 biji bawang putih
1 kuntum bunga lawang dan 1 biji buah pelaga ( jgn. di tumbuk utk menumis saja)

Cara-cara

1. Ikan di goreng agak garing terlebih dahulu - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk halus, bunga lawang serta buah pelaga hingga wangi dan agak kekuningan.
3. Masukkan air tadi, tutup dan didihkan.
4. Apabila mendidih, masukkan bebola ikan, kuih ikan, sohoon yang telah direndam dan juga ikan. Biarkan mendidih lagi.
5. Rasalah garam dan perasa secukupnya dan masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sop atau btg saleri yg telah di hiris-hiris.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas..