Sup Ikan Dengan Suun

Ramuan / Bahan

BAHANYA:-
2 Ekor ikan isi putih
15 gm suun
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
garam dan lada sulah secukup rasa
1 camca besar minyak

Cara-cara

CARANYA:-
Hiris bawang merah dan bawang putih. Rendam suun dengan secawan air. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tiga cawan air, garam dan lada sulah. Apabila mendidih masukkan ikan dan jika ia hampir masak, masukkan suun. Didihkan sehingga suun lembut. Apabila masak, hias dan hidangkan.