Siakap Wangi

Ramuan / Bahan

3 biji cili merah
1 batang serai (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
75 ml susu cair
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
camca teh serbuk kunyit 5 tangkai daun kesum (dihiris halus)
Garam
Gula pasir
1 ekor ikan siakap (diperap dengan camca teh garam sebentar)
Daun pisang

Cara-cara

Kisar cili merah bersama serai dan bawang hingga halus. Gaul cili bersama susu cair, parahan limau, daun kesum, garam dan gula pasir di dalam mangkuk hingga ia sebati. Lumur bahan itu pada seluruh ikan. Bungkus ikan di dalam daun pisang. Bakar di atas api atau panggang hingga masak.