Siakap Samrot

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
30 tangkai cili api (dikisar halus)
10 tangkai cili hijau (dikisar halus)
30 ulas bawang putih (dikisar halus) ΒΌ cawan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Air asam limau (3 sudu besar)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Siang dan basuh terlebih dahulu ikan sebelum digoreng garing. Angkat dan hidangkan dalam pinggan besar. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar sehingga keluar minyak. Masukkan sos tiram dan air asam limau. Angkat setelah naik minyak dan taburkan bahan yang telah ditumis ke atas ikan siakap yang digoreng garing.