Siakap Ratatouille

Ramuan / Bahan

140 gm keping ikan siakap
Sebiji kentang (direbus)
Lobak putih (direbus)
Lobak merah (direbus) Capsicum merah
Sedikit asparagus
Sedikit jagung muda
Sebiji limau
Sedikit brokoli

Cara-cara

Panggang atau kukus ikan hingga masak dan letakkan di atas pinggan. Angkat kentang, lobak merah dan putih dan hiriskan, letakkan di sebelah ikan. Susun capsicum merah, asparagus, jagung, limau dan brokoli di atas pinggan yang sama dan sedia untuk dihidangkan.