Pizza Spaggetti

Ramuan / Bahan

2 peket spaggetti
3 biji telur
Sedikit minyak zaitun
Sedikit mentega untuk menumis
Sedikit daun parsley. 400g daging cincang
½ tin tomato puree
2 biji tomato dicincang halus
3 biji cili merah di kisar
3 ulas bawang putih dicincang halus
Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara

Didihkan air hingga mendidih.Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam.Celur spaggetti hingga lembut. Pastikan tidak putus.Apabila lembut angkat dan toskan.

Pukul telur sederhana dan gaulkan dengan dengan spaggetti. Lengserkan bekas pembakar yang sesuai dengan mentega.

Masukkan spaggetti tadi dan bakar dalam ketuhar selama 25 minit atau hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.

Untuk Sos:
Cairkan mentega dan tumis bawang putih.
Masukkan cili merah yang dikisar.

Masukkan daging cincang dan masak hingga kering air. Masukkan tomato cincang dan tomato puree serta sedikit air. Jangan terlalu cair.Apabila daging masak, masukkan garam dan serbuk perasa serta sedikit oregano.

Masukkan juga sedikit daun parsley yang dicincang.