Siakap Layar Bahtera

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
100 gm tepung gandum
100 gm tepung kanji
25 gm bawang putih- ditumbuk halus dan dibahagi dua
25 gm halia-ditumbuk halus dan dibahagi dua
10 gm lada hitam-ditumbuk halus dan dibahagi dua 200 gm sos tomato
250 gm sos cili
150 gm bawang besar-dimayang
100 gm gula
50 gm cuka
10 gm garam

Cara-cara

Perapkan ikan bersama lada hitam, garam, bawang putih dan halia. Kemudian gaulkan bersama tepung gandum dan kanji
dan goreng hingga garing. Goreng halia dan bawang putih hingga layu. Masukkan cuka, sedikit air, sos tomato, sos cili, gula dan garam dan didih sebentar. Kemudian masuklah bawang yang dimayang lalu dicurahkan diatas ikan.