Siakap Layar Bahtera

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
100 gm tepung gandum
100 gm tepung kanji
25 gm bawang putih(ditumbuk halus & dibahagi 2)
25 gm halia(ditumbuk halus & dibahagi 2)
10 gm lada hitam(ditumbuk halus & dibahagi 2) 200 gm sos tomato
250 gm sos cili
150 gm bawang besar(dimayang)
100 gm gula
50 gm cuka
10 gm garam

Cara-cara

Perapkan ikan bersama lada hitam, garam, bawang putih & halia. Kemudian gaulkan bersama tepung gandum & kanji & goreng hingga garing. Goreng halia & bawang putih hingga layu. Masukkan cuka, sedikit air, sos tomato, sos cili, gula & garam & didih sebentar. Kemudian masukkan bawang yang dimayang lalu dicurahkan di atas ikan.