Siakap Kukus Nyonya

Ramuan / Bahan

seekor ikan siakap (sederhana besar)
sos tiram (2 sudu)
Garam dan serbuk perasa.
Limau nipis (2 biji)
8 Cili padi
4 biji cili merah
6 bawang merah
5 ulas bawang putih
2 btg serai
1 inci halia
2 btg bunga kantan
10/15 helai daun kesom


Cara-cara

Ikan dibersihkan dan digaul dengan sos tiram dan dibiarkan sementara proses bahan-bahan lain diblender.
Cili, Bawang, halia, serai, bunga kantan di blender halus(kering). Selepas bahan tersebut siap blender, masukan garam, serbuk perasa, air limau dan daun kesom digaul rata dan dilumurkan kepada ikan tadi. Masukan dalam bekas yangbersesuaian dan kukus selama 10 ke 15 minit.