Siakap Kukus Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 batang lobak merah
5 batang baby corn
1 ketul (kecil) bunga kobis
1 paket kecil kacang pea
1 biji cili bulat/cili india
1 inci halia
sos tiram secukupnya

Cara-cara

Bersihkan ikan siakap dan lumur dgn sos tiram (Ikan tidak perlu dipotong-potong). Hiris/potong kecil semua bahan-bahan. Masukkan ikan siakap ke dalam loyang mengukus dan taburkan lobak dan bunga kobis yang dihiris.Tuangkan sos tiram ke atas ikan siakap yang telah ditabur lobak dan bunga kobis tadi secukupnya (jangan terlalu banyak). Kukus ikan siakap selama 10 minit. Selepas 10 minit,taburkan pula baby corn, kacang pea dan cili bulat/cili india. Kukus semula selama 5 minit atau sehingga semua bahan masak.