Siakap Grunoboise

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
10 gm bawang putih
1 gm herba dil
350 gm tomato hancur
30 gm bawang besar
150 gm asparagus
200 gm kentang lecek 1 gm thyme
300 gm mentega
60 gm tomato hiris
60 gm cili merah (dihiris)
5 gm garam
10 gm serbuk lada
100 gm lemon hiris

Cara-cara

Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Lumur dengan garam dan lada sulah. Panggang kedua-dua bahagian ikan selama lima hingga sepuluh minit. Sediakan bahan sayuran dengan mencampurkan cili merah, bawang besar hiris, tomato dan tumis bersama mentega dan bawang putih. Setelah itu campurkan tomato hancur. Campur garam, lada sulah dan thyme. Masukkan bahan sayuran di dalam ikan. Untuk membuat sosnya pula, cairkan mentega dan masukkan jus lemon dan dill. Kacau. Hias dengan suun goreng dan asparagus yang dicelur.