Siakap Cerana Special

Ramuan / Bahan

1 ekor iakn siakap
6 biji bawang putih (dicincang halus)
3 biji bawang besar (dihiris halus)
2 biji cili merah (diricih halus)
2 inci halia (dimayang halus)
6 tangkai cili kering (dipotong memanjang) 4 sudu sos tiram
Tepung jagung
Minyak masak
Garam secukup rasa
50 gm udang kering

Cara-cara

Ikan siakap hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan minyak dan gorengkan ikan siakap sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah, halia, cili kering, sos tiram dan udang kering. Seterusnya masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan sedikit air supaya bahan tadi benar-benar sebati. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung supaya kuah menjadi sedikit pekat. Akhir sekali tuangkan kuah ke atas ikan dan taburkan daun bawang untuk hiasan.