Siakap Bermula Cinta

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap - gaulkan garam dan asam jawa
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 cm halia muda
15 tangkai cili padi - tumbuk sedikit
1 batang lobak merah - dihiris memanjang
Sepokok daun bawang - dihiris sedang 3 sudu teh cili giling
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 tangkai cili merah (dibelah empat) - hiasan
2 ulas bawang merah (digoreng) - hiasan
1 ulas bawang putih (digoreng) - hiasan

Cara-cara

Gorengkan ikan siakap. Toskan. Untuk menyediakan sosnya, tumiskan cili tumbuk. Kemudian masukkan lobak merah, cili padi dan bawang merah. Masukkan air asam jawa biarkan ia merenih. Campurkan hirisan bawang besar. Tuangkan ke atas ikan kemudian dihiaskan dengan cili merah, bawang putih dan bawang merah goreng.