Sembilang Bercili

Ramuan / Bahan

2 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit garam
10 ekor ikan sembilang, dibersih
Minyak untuk menggoreng
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering, dikisar bersama belacan
250 ml air asam jawa
Sedikit gula

Cara-cara

Lumur serbuk kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga garing.

Masukkan cili kering bercampur belacan. Masak hingga terbit minyak.

Kemudian masukkan air asam jawa bersama gula dan garam. Kacau sebati.

Akhir sekali, masukkan ikan dan kacau hingga 'mesra' dengan sambal.