Sate Ikan Berdadih

Ramuan / Bahan

300 gm isi ikan kurau atau tenggiri (dipotong dadu)
1 biji cili Benggala (dipotong dadu)
6 biji bawang merah (dibelah dua)
3 ulas bawang putih (dibelah dua) Bahan-bahan pengilat:
1 sudu teh serbuk cili
4 sudu besar mentega (dicairkan)
1 sudu teh air halia
Garam secukupnya
2 sudu besar dadih

Cara-cara

Cucuk isi ikan pada lidi koktel berselang-seli dengan bawang merah, cili Benggala dan bawang putih. Satukan Bahan-bahan pengilat dan kacau rata. Bakar menggunakan api yang sederhana. Sapu Bahan-bahan pengilat di atas sate. Hidang bersama nasi.