Sardin Masak Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

1 tin besar Sardin
3 cawan santan pekat
10-15 biji cili api-tumbuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 batang serai-dititik
2 keping asam gelugur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan sardin (jangan buang kuahnya) dan semua bahan lain dalam periuk, masak hingga mendidih. Sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul.