Sambal Tumis Terubuk Masin

Ramuan / Bahan

400 gm terubuk masin - dipotong dadu
2 sudu besar cili giling
Asam jawa - ikut suka
Gula pasir - ikut suka Garam
2 labu bawang besar
5 biji ubi kentang

Cara-cara

Gorengkan ikan terubuk masin. Ketepikan. Begitu juga ubi kentang, empuk sedikit. Tumiskan cili giling, biarkan sedikit garing. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan gaul rata. Setelah pecah minyak masukkan terubuk, ubi kentang dan bawang besar. Biarkan seketika dan mesra.