Sambal Tumis Ikan Bilis cendana.

Ramuan / Bahan

20 tangkai lada kering(guntingkan-rebus dlam 5 minit)
4ulas bawang merah
2/3 ulas bawang putih
2 cm belacan.
semua bahan di atas dikisar.

200 gram ikan bilis,
2 labu bawang besar,
(dihiris-hiris)
2 cm halia,(buang kulit dan dititik)
4/5 sudu makan gula melaka,
2 sudu makan minyak,
½ sudu asam jawa
1 cawan air
garam & ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

panaskan minyak dalam 2 sudu makan,goreng ikan bilis,agak sudah garing masukkan bawang . Goreng sampai bawang layu.Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi,goreng dalam10 min.Anggaran bahan kisar tdi agak kering dan naik baunya.Masukkan air asam jawa dan halia.kacau rata, masukkan gula melaka.garam dan ajinomoto.( jika suka manis tambahkan gula)bila sambal agak pekat matikan api dan angkat dari dapur.