Sambal Tumis Ikan Bilis Berlada

Ramuan / Bahan

1 cawan ikan bilis
3 biji kentang )dihiris nipis -nipis
5 biji bawang merah )ditumbuk/ kisar hingga halus bersama ½ inci halia dan 10 tangkai cili kering(mengikut pilihan)



3 ketul asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minayk untuk menggoreng.

Cara-cara

Goreng ikan bilis dan kentang sehingga garing.Toskan dan asingkan. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dalam 1/2 cawan minyak sehingga ia naik bau.
Setelah cili masak(minyak timbul di permukaan), masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa.Biarkan seketika sehingga agak kering dan pekat.Tutup api dan sejukkan ia sebentar lebih kurang 10-12 minit sebelum digaul dengan ikan bilis & kentang.
Gaul bahan yang telah digoreng dan sediakan untuk dihidangkan.