Sambal Ikan strawberi

Ramuan / Bahan

Seekor ikan bawal sederhana besar

Bahan giling :
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
3 senduk cili kering 4 biji strawberi kering - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu sos cili
setengah cawan air
secubit asam jawa
1 senduk minyak
2 sudu gula
garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan bawal digoreng garing dan diasingkan. Tumis bahan giling hingga naik bau. Masukkan gula, garam dan sos. Setelah sebati masukkan pula air asam jawa. Tunggu sebentar dan masukkan air. Selepas menggelegak masukkan bawang besar dan strawberi yang telah dihiris kecil-kecil. Tunggu sebentar kuah agak pekat.