Sambal Ikan

Ramuan / Bahan

20 ekor ikan sardin/kembung
½ kilo santan
10 biji cili kering
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
gula
garam
serbuk perasa
sedikit air asam jawa

Cara-cara

ikan direbus,dibuang tulang dan dikisar.
Bawang merah, bawang putih dan cili kering juga dikisar.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan santan dan ikan. Tambahkan gula, garam ,serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal kering.