Sambal Goreng Santan

Ramuan / Bahan

1 ekor bawal hitam
1 mangkuk santan pekat daripada sebiji kelapa
½ cawan air asam
2 camca sedang puri tomato
Minyak untuk menggoreng
dan menumis
Garam, kunyit dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan dikisar:
10 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2.5 sm halia

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan diperap bersama kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan tetapi jangan terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan santan, air asam jawa dan puri tomato. Apabila mendidih masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau hingga pekat baru dimasukkan ikan goreng. Kacau sebati baru diangkat.