Sambal Goreng Ikan Bilis Berpetai

Ramuan / Bahan

100 gm ikan bilis goreng
4 keping tempe, dipotong kecil-kecil dan digoreng
4 biji kentang, dipotong nipis-nipis dan digoreng
10 biji petai, dibelah dua
3 camca sedang cili boh
2 biji bawang besar, dihiris 2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai cili merah, dihiris
1 camca sedang kicap
½ cawan minyak masak
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi baru masukkan cili hiris dan cili boh. Kacau hingga rata dan garing. Masukkan gula, garam, kicap, ikan bilis, kentang goreng, petai dan tempe goreng. Kacau hingga sebati baru diangkat.