Pasta Berkuah Cendawan

Ramuan / Bahan

250 gm pasta panjang warna hijau
25 gm mentega
225 gm cendawan (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
5 helai daun oregano 1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar krim
½ tin krim ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus pasta hingga lembut bersama sesudu kecil minyak. Tos dan ketepikan. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Setelah itu masukkan bawang putih, cendawan, oregano, garam, lada sulah dan krim. Tuang tumisan ini ke atas pasta dan taburkan lada hitam.