Pla Charameat Neung Heat Hom

Ramuan / Bahan

500 gm ikan bawal putih
6 keping cendawan kering
1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap sotong
½ sudu kecil gula
1 potong cili merah untuk hiasan

Cara-cara

Sediakan satu pinggan yang boleh tahan panas. Masukkan ikan dan cendawan yang telah direndam di atas ikan.

Gaulkan cili merah, sos tiram, gula dan kicap sotong. Setelah sebati, tuangkan ke atas ikan tadi. Kukus ikan sehingga ia masak. Hidangkan ketika ia panas.