Pindang Serani

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan (kembung/selar/etc)
½ biji bawang besar (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
4 biji cili hijau (dibelah & dibuang biji)
Air asam jawa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk ditumbuk:-
3 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
Halia
Kunyit
Ketumbar
Jintan manis

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk dan serai. Apabila telah naik bau, masuk air asam jawa. Biarkan mendidih kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris, cili hijau dan ikan. Biarkan antara 5-10 minit atau sehingga ikan masak.