Pindang Ikan Tenggiri

Ramuan / Bahan

3 keping ikan tenggiri sederhana besar
2 biji cili merah hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
sedikit kunyit hidup
1 batang serai 1 biji bawang besar - dibelah empat
2 batang daun bawang - dipotong 2 inci
1 biji buah tomato - dibelah empat
½ cawan air asam jawa
Air secukupnya
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Cili hidup,bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit di tumbuk hampir lumat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan air asam jawa, air dan serai. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan. Bila mendidih masukkan buah tomato, bawang besar, garam dan akhir sekali daun bawang.
4. Angkat dan hidang.