Pinang Serai

Ramuan / Bahan

600 gm ikan parang atau kembung
6 biji cili kering
2 sudu besar minyak
4 sudu teh cuka
6 labu bawang merah 3 ulas bawang putih
1 batang serai
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Panaskan minyak dan tumis cili kering, bawang dan lain-lain. Masukkan serai, cuka dan garam. Jerang hingga mendidih. Masukkan ikan dan kacau perlahan-lahan.