Pecal Ikan Pari

Ramuan / Bahan

½ kilo ikan pari segar
3 cawan santan pekat
2 cawan cili padi kampung(ikut selera tahap pedas)
1 camca besar minyak masak
1 cawan air asam jawa 3 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci belacan
2 genggam daun cekur (dimayang)
½ cawan ubi cekur (dimayang)

Cara-cara

ikan pari disapu garam dan dibakar sehingga masak.Cili padi,bawang merah, bawang putih,ubi cekur dan belacan dicampur dan digoreng bersama sehingga masak (agak-agak jangan terlalu layu). Kemudian bahan-bahan yang telah digoreng hendaklah ditumbuk lumat. Setelah ditumbuk campurkan bahan tumbuk tersebut bersama santan dan dimasak atas api kecil, masukkan garam,air asam jawa, sedikit gula dan serbuk perasa. Rasa kuah hendaklah pedas, masin, manis dan masam. Kemudian masukkan ikan pari yang telah dipanggang dan biarkan mendidih. Sebelum diangkat masukkan daun cekur yang telah dimayang halus.