Pari Panggang Rempah

Ramuan / Bahan

1 ketul ikan pari 350 gm (dibersihkan dengan air biasa dan dicampur 1 camca besar perahan limau nipis)
Kertas alumunium secukupnya
1 camca besar serbuk kari
Sedikit garam
2 camca sedang minyak sayuran Bahan untuk hiasan:

200 gm brokoli (dibersihkan dan dikukus sebentar)
1 biji buah tomato (dibersihkan dan dihiris bulat nipis)

Cara-cara

Pananskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.

Letakkan ikan pari di dalam pinggan yang besar. Lumurkan bahan dibancuh bersama pada seluruh ikan sehingga ia rata.

Bungkuskan ikan dengan kertas alumunium. Bakar di dalam ketuhar selama 25 minit atau sehingga ia masak.

Bubuh ikan pari panggang di dalam pinggan. Hidangkan bersama brokoli dan tomato.