Pari Kering Masak Lemak Cili Api & Pucuk Ubi

Ramuan / Bahan

10 biji cili api
200gm ikan pari kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
garam secukup rasa
secawan santan
Pucuk ubi.

Cara-cara

Tumbuk bawang merah,putih,kunyit dan cili api. Tumis diatas minyak masak ( jangan besar sangat nanti hangus )bersama ikan pari kering sehingga naik baunya.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
tunggu sehingga mendidih diatas api sederhana sehingga masak..

Pucuk ubi direbus tanpa garam sehingga layu dan toskan air dalam pucuk ubi hingga agak kering..