Pais Tempoyak Ikan Patin

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan patin
sedikit daun pisang

Bahan Tumbuk
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
2 batang serai
10 ulas cili padi
8 ulas bawang merah
4 sudu besar tempoyak
sedikit garam dan serbuk perasa
sehelai daun kunyit

Cara-cara

1. Ikan dibersihkan.
2. Ambil daun pisang dan bubuhkan bahan tumbuk.
3. Bubuhkan ikan dan lumur dengan bahan tumbuk.
4. Ambil sehelai daun kunyit dan balutkan keliling ikan.
5. Balutkan pula dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi.
6. Perapkan dalam peti sekurang2nya 12 jam.
7. Bakar diatas kuali burger dengan api sederhana.
8. Balik-balikkan hingga airnya kering dan ikan masak.