Pais Ikan Patin

Ramuan / Bahan

1. Ikan patin (500gm - 700gm)
2. Asam tempoyak 150gm
3. Garam secukup rasa
4. Sedikit gula
5. Daun pisang 1. Setengah inci kunyit hidup (dikisar)
2. Cili api 5 ulas - 10 ulas (dikisar)
3. Sehelai daun kunyit (dihiris halus)
4. Sekuntum bunga kantan (dihiris halus)

Cara-cara

Campurkan bahan yang telah dikisar dan hiris dengan asam tempoyak. Masukkan garam dan sedikit gula, lumur kepada ikan patin . Balut dengan daun pisang kemudian perap selama 1 hingga 2 jam sebelum dibakar.