Masam Pedas Ikan Darat

Ramuan / Bahan

600 gm ikan keli/ikan sepat atau ikan darat lain
2.5 cm belacan
10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah 2 keping asam gelugur
3 gelas air
20 helai daun kesum
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Basuh ikan bersama tepung untuk menghilangkan hanyir.

Tumbuk atau kisar bawang merah, cili kering bersama belacan.

Campur bawang, belacan dan cili kering bersama air. Jerang dan kacau rata.

Masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum, garam dan gula.

Biarkan mendidih. Apabila masak, tutup api.