Original Chicken Chop

Ramuan / Bahan

seketul ayam (bahagian paha dan atasnya)
sebuku roti france (france bread)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
minyak
sos lada hitam

Cara-cara

france bread dijemur sehingga keras dan dikisar untuk dijadikan serbuk roti. letak dalam sebuah bekas.

ayam dibersihkan.Buang kulit dan tulang.Torehkan ayam sehinggan menjadi nipis dan lebar

ayam disapu sedikit garam dan ditampal dengan tepung.

pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.Celupkan ayam tadi dengan telur

ayam tadi kemudiannya dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi serbuk roti tadi. Letak serbuk roti diatas ayam dan tekan supaya padat.

Goreng dalam minyak yang banyak